Categories: Trending

ALAMAK! Persalinan Percutian Neelofa Serupa Dengan Kain Tudung Pula?

Lumrah bila bergelar selebriti, apa saja yang mereka sarungkan di badan pasti akan menjadi bualan.

Sekali lagi menjadi topik bualan, fabrik pakaian pengacara Neelofa kali ini ‘tersama’ pula dengan kain tudung wanita ini.

Wanita bernama Hayati Sharif ini memuat naik beberapa keping foto memaparkan kain tudungnya yang serupa dengan baju yang dipakai Neelofa. Sama kan?

“ Neelofa sorry la I pinjam tudung you sampai tak sempat nak bagi balik…you kena pakai tikar pulak atas kepala.

“ Dah la photoshoot kat Maldives…sorry eh…kita kan kawan baik selamanya,” tulisnya diikuti dengan tanda pagar #neelofastyle dan #neelofateam.

Sebelum ini, pemenang pengacara wanita TV Popular ABPBH 2018 ini pernah ‘dibahan’ netizen dengan menggayakan fesyen yang dianggap luar biasa. Stylo & Rare! 

By the way, orang cantik pakai apa pun cantik tau…Neelofa, you tetap vasss di mata kami!

SGMS Faida