Categories: Trending

“Alhamdulillah, My Super Yam” – Fizo Omar Bersyukur Anak Kini Bebas Covid-19

Umum mengetahui, pada 5 Januari lalu pelakon, Fizo Omar mendedahkan bahawa bekas isterinya, Mawar dan anaknya Maryam telah disahkan positif COVID-19.

Namun, menerusi hantaran Instagramnya hari ini, Fizo memaklumkan berita gembira apabila anaknya, Maryam kini telah sembuh sepenuhnya  daripada jangkitan virus tersebut.

Malah, Fizo sempat memuat naik video menyentuh hati saat dia berjumpa Maryam buat kali pertama setelah sekian lamanya.

https://www.instagram.com/tv/CKOynNLA1AO/?igshid=1539omznp5jjj

Fizo turut menzahirkan perasaan syukur apabila melihat anaknya kini sihat seperti sediakala, malah dia turut menasihatkan orang ramai untuk terus menjaga kesihatan. 

Rata-rata peminat yang turut menonton video tersebut turut gembira dan terharu melihat keadaan Maryam dan mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”