Categories: Trending

Permohonan Tangguh Bayaran Balik PTPTN Mulai 20 Januari Hingga 31 Mac

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini memaklumkan mereka yang ingin memohon penangguhan bayaran balik pinjaman perbadanan itu boleh mengemukakan permohonon melalui portal rasmi PTPTN bermula 20 januari. 

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan antara Januari hingga Mei 2021.

“Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel yang dikemukakan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan,” menurut kenyataan itu.

Peminjam juga diingatkan untuk mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan itu dapat disampaikan kepada peminjam.


Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian mesra PTPTN melalui talian 0321933000 yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 pagi hingga 5 petang atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”