Categories: Trending

Apa Salah Anak Saya? Nora Danish Kesal Baby Ney Ney Pula Jadi Mangsa Buli Siber

“Mak Ayah Ada Rupa, Kenapa Anak Tak Comel?”, kenyataan sebuah blog yang menimbulkan kemarahan ramai termasuk di kalangan artis yang mengenali rapat pasangan Nora Daniah dan suaminya, Nedim.

Penyanyi Hip Hop, Caprice menerusi akaun Instagram miliknya di mana video ini turut dimuat naik di laman YouTube, menempelak blog berkenaan dan menyifatkan bentuk kritikan dan kecaman terhadap seorang bayi adalah keterlaluan dan melampau!

Malah, Nora Danish mengakui kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa buli siber.

Nora berkata, dia tidak kisah jika kata-kata negatif ditujukan kepadanya kerana sudah kebal dengan umpatan dan cercaan orang sejak lebih 10 tahun bergelar anak seni, namun sebagai ibu dia sedih apabila bayi yang tidak berdosa turut menerima nasib yang sama.

“Kalau netizen hanya bercakap fasal saya mungkin saya boleh abaikan sahaja, tapi bila bercakap tentang seorang bayi suci yang baru dilahirkan saya sedikit terkilan.

                           Foto : buzzkini.com

“Apa salah anak saya? Bercakap kasar dan negatif terhadap anak kecil adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dan saya akui kesal dengan sikap mereka.

“Kita bawa anak pergi bercuti orang mengata, kalau tak bawa dan tinggalkan di rumah nanti kena kecam juga. Susah nak puaskan hati semua orang,” katanya.

Nora berkata demikian pada majlis pelancaran kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ yang dianjurkan bersama pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac pada Selasa.

Kempen tersebut dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Antara artis yang turut hadir bagi menyokong kempen itu termasuk Neelofa, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro. 

Di bawah ini, Hijab & Heels ingin berkongsi dengan pembaca video ‘Caprice Komen Isu Netizen Cakap Muka Anak Nora Danish Tak Comel’.

Video : YouTube

Sumber: Mstar Online

Yanie Baharom