Categories: Featured

Siapa Kata Nak Buat Mini Pavlova Susah? Senang Saja, Jom Cuba!

Bagi anda yang suka pavlova pasti akan singgah di kedai-kedai kek untuk membelinya kan? Hiasan buah-buahan segar di atasnya sudah tentu buat anda lebih berselera untuk menikmati pavlova ini. Kalau anda nak tahu, nak buat pavlova ini bukannya susah, ia hanya menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah anda boleh dapati di pasaraya.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda tentang resepi mini pavlova yang sangat sedap! Kalau tak percaya, cubalah buat sendiri dekat rumah ok!

Bahan-bahannya:

6 biji putih telur

300 gram gula kastor

1 1/2 sudu kecil tepung jagung

1 1/2 sudu kecil cuka 

1 sudu kecil asen vanilla

Bahan-bahan topping:

2 cawan whipped cream

5 sudu kecil gula aising

3 sudu kecil Horlicks

Cara-caranya:

Masukkan putih telur ke dalam mangkuk, pukul menggunakan mixer putih telur tersebut sehingga gebu. Kemudian masukkan pula gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul sehingga rata. Selepas itu masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.

Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag. Paipkan ke atas loyang yang beralaskan kertas minyak. Bakar selama 1 jam 45 minit pada pada suhu 120 darjah Celcius.

Sementara itu, untuk membuat topping anda  perlu masukkan whipped cream, gula aising dan Horlicks ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan mixer sehingga kembang. 

Setelah pavlova anda siap dibakar, paipkan topping di atasnya. Anda boleh hiaskan dengan serbuk koko dan buah-buahan segar.

Mudah sahaja kan, kalau anda nak lebih terperinci mengenai resepi ini, jom tengok video ini:

Selamat mencuba!

Sumber: Seminit Resepi

tex_admin