Categories: Trending

Avaa Vanja Berjaya Dapatkan Hak Penjagaan Sementara & Injunksi Bagi Menghalang Anak Dibawa Keluar Negara

Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur setelah beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lepas.

Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli berkata, anak guam beliau memohon agar diberi hak penjagaan sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana anak guam khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga beliau.

“Avaa juga memfailkan injunksi bagi menghalang anak beliau dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anaknya juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” kata Hafidzah.

Pada 28 Disember, proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai di Mahkamah Tinggi Syariah telah pun dijalankan.

Pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan kedua-dua permohonan injuksi dan interim hadhanah.

Ini bermaksud, Avaa telah berjaya dalam kedua-dua permohonan.

Dengan keputusan mahkamah tersebut, Avaa telah diberikan hak penjagaan sementara dan injunksi interim bagi menghalang anak beliau dibawa keluar dari negara.

Media melaporkan yang Avaa membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana beliau berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya.

Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dan memohon doa daripada semua pihak supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Saiful Ridzuan, Pengurus Krisis dan jurucakap Avaa Vanja dari firma pengurusan krisis Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, Avaa berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong beliau semasa sedang mengharungi konflik rumah tangganya dan pelakon tersebut mensasarkan keputusan yang positif bagi semua pihak.

Padin