Categories: Trending

Bantuan Bulanan RM 1,000 JKM Akan Dilaksanakan Segera

Cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan, berbanding RM200 hingga RM300 sekarang, akan dilaksanakan segera.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, “mengambil kira keadaan ekonomi serta kos sara hidup semasa, saya telah mengusulkan agar bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000.

“Pastinya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga termasuk dalam kumpulan masyarakat yang akan mendapat faedah daripada kenaikan itu.

“Saya akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan segera. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”