Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi May 9, 2024 @ 5:31pm

Bapa Faisal Halim Reda, Yakin Anak Tak Ada Musuh – “Semoga Si Pelaku Dapat Hidayah”

Bapa kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Faisal Halim iaitu Halim Saad yakin anaknya itu tidak mempunyai musuh atau masalah dengan mana-mana pihak sehingga menyebabkan dirinya disimbah asid.

Memetik laporam Kosmo, Halim berkata sifat Faisal sama sepertinya yang amat peramah dengan semua orang, justeru mustahil dia mempunyai musuh.

“Faisal tak ada musuh dengan siapa-siapa sebab dia tak pernah berselindung diri, lari daripada orang.

“Saya rasa dia tak ada cemburu atau apa-apa. Dia seorang yang macam saya jugalah.

“Kadang-kadang kelakar dan friendly (peramah).

Sementara itu, Halim menyerahkan urusan mengheret si pelaku ke muka pengadilan kepada pihak berkuasa serta kepada pihak berkuasa Halim turut berharap agar ramai pihak terus mendoakan kesembuhan anaknya agar dapat kembali bermain dalam pasukan Harimau Malaya.

“Saya nak dia (Faisal) kuatkan diri dan teruskan dengan kariernya.

“Kita pakat-pakat doakannya dan terima kasih kepadaa pihak yang bertanggungjawab yang ambil kes ini serta soal siasat mencari semua pelaku,” katanya.

Faisal Halim

Meskipun berduka anaknya disimbah asid sulfurik pekat, namun Halim tetap mendoakan agar si pelaku mendapat hidayah daripada Allah dan dibuka pintu hatinya terhadap tindakan besar yang dilakukannya itu.

Sebelum ini, industri sukan dikejutkan dengan kecederaan Faisal Halim yang disimbah asik sulfurik pekat sehingga mengalami melecut tahap empat pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Artikel Berkaitan: Balutan ‘Mumia’ Telah Dibuka, Kulit Badan Faisal Halim Tunjuk Perkembangan Positif… Hanya Boleh Jamah Makanan Lembut

Artikel Berkaitan: Selangor FC Perketat Keselamatan, Sediakan Pengawal Peribadi Untuk Keluarga Faisal Halim

Sumber: Kosmo

Kredit foto: Malaysia Gazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Jan 2024
Trending Tue, 21 Nov 2017

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral

Trending Mon, 7 Feb 2022

“Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2CM” – Cerita Detik Melahirkan Bilal, Neelofa Berterima Kasih Kepada PU Riz

Pengacara dan usahawan ternama, Neelofa, 33, menceritakan detik ketika bersalin anak sulungnya, Muhammad Bilal. Melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz pada 29 Januari lalu, Neelofa mendedahkan perkara terbabit […]

Hiburan Thu, 26 May 2022