Kerabat raja Brunei seringkali menjadi bualan hangat ramai. Bukan sahaja terkenal dengan kemewahan luar biasa yang dimiliki, malah kecantikan mereka sering diperkatakan ramai.
Mungkin ramai yang kurang mengenali gerangan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Beliau merupakan puteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama bekas isterinya iaitu, Azarinaz Mazhar Hakim.
Puteri Ameerah yang kini berusia 12 tahun mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
Puteri raja itu kemudian meneruskan pembelajaran di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).
Baginda mempunyai seorang abang iaitu Putera Abdul Wakel dan kelibat adik beradik diraja ini sering dilihat di majlis-majlis rasmi kerajaan Brunei.
Puteri Ameerah dan abangnya Putera Wakeel merupakan adik tiri kepada Putera Mateen. Kelibat adik beradik ini seringkali dilihat di majlis perasmian malah Putera Mateen juga dilihat begitu rapat dengan kedua – dua adik beradik tirinya walaupun jarak usia mereka agak jauh.
Walaupun masih muda namun ternyata kecantikan yang dimiliki oleh puteri raja ini begitu terserlah.
Raut wajah yang manis menyebabkan ramai yang membandingkan kecantikan yang dimilikinya dengan kecantikan bondanya, Azarinaz Mazhar Hakim
Setelah berpisah dengan Sultan Brunei, Azrinaz tidak mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya dan kini Puteri Ameerah dan Putera Wakeel masih menetap di istana Brunei.
Baca artikel berkaitan: Berkahwin Di Usia 17 Tahun, Keanggunan Isteri Putera Mahkota Brunei Masih Jadi Bualan Sehingga Kini
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
MashaAllah kesiannya