Categories: Trending

PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember Ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan bahawa, PKPP bakal dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Tempoh ini dilanjutkan bermakna tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih digunakan.

Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” katanya

Kompaun akan dinaikkan 3 kali ganda

Tambahnya lagi, bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di dalam negara pihaknya akan meningkatkan jumlah kompaun sehingga dua atau tiga kali ganda bagi mereka yang melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, kelab malam dan pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi kerana tempat ini dianggap sukar untuk mengamalkan SOP.

” Pada masa ini hampir semua sektor perkhidmatan dan perniagaan sudah dibenarkan beroperasi kecuali sebilangan kecil yang masih tidak dibenarkan seperti kelab malam dan pusat hiburan.

” Ini adalah tempat yang mana norma baharu agak sukar untuk diamalkan”.

Pelancong asing masih TIDAK dibenarkan masuk

Bagaimanapun, kemasukan pelancong asing masih tidak dibenarkan. Ini bertujuan untuk mengelakkan kes import ke dalam negara.

Manakala, pembabitan peserta antarabangsa dalam acara sukan juga tidak dibenarkan.

Namun, aktiviti sukan dalam negara dibenarkan tanpa membabitkan peserta antarabangsa dan penonton.

Salma Syahbuddin