Categories: Trending

Baru Berusia 12 Tahun, Remaja Pintar Sekolah King’s Edward Terbit Buku Sendiri

Siapa tidak mengenali sosok si cilik Fatimah Omar Mukhlis dan adik beradiknya Omar dan Ali, tiga beradik dari Birmingham, UK ini sememangnya terkenal di laman Instagram mereka. Keletah dan aksi mereka cukup menghiburkan netizen. Bukan sahaja bijak dan berani di hadapan kamera, Fatimah dan adik beradiknya terkenal dengan dialek percakapan kelantan mereka.

Walaupun dilahirkan di Birmingham UK dan menetap di negara tersebut namun ternyata pencapaian hebat Omar Mukhtar merupakan sesuatu yang luar biasa. Kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun itu bukan sahaja dianugerahkan sebagai pelajar terbaik sekolah berprestij iaitu King’s Edward malah Omar kini muncul dengan buku hasil karyanya sendiri.

Berita itu diumumkan di sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Instagram thefamily.uk. Video yang dimuat naik itu menerima sehingga hampir 63 k likes di laman Instagram.

Rata-rata netizen turut memberikan pujian dan komen positif  buat Omar. Buku yang berjudul My New Pairs Of Eyes itu kini dijual dengan harga RM 30. 

Terdahulu, Omar Mukhtar  tular di laman sosial apabila dianugerahkan pelajar terbaik di sekolah berprestij, King Edward London, manakala adiknya Fatimah Mukhlis memenangi Personaliti Media Sosial Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu. 

Menerusi blognya, thepawsomelion Omar menggunakan platform itu untuk memuat naik hasil karya penulisannya. Bukan calang-calang si cilik ini, semoga terus sukses buat Omar dan thefamily.uk!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”