Categories: Trending

“Bayangkan Jika 30 Tahun Berada Dalam Industri Tapi Orang Tak…” – Ning Baizura Terharu Ramai Rakan Artis Beri Sokongan

Beberapa minggu lalu, nama penyanyi dan pelakon Ning Baizura menjadi bualan hangat warganet susulan sebuah klip rakaman dirinya sedang bernyanyi dikatakan sumbang sehingga dikritik hebat.

Menjawab kepada kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya, Ning Baizura memberitahu beliau tidak pernah patah semangat biarpun dikecam hebat oleh pengguna media sosial.

Malah, penyanyi yang berasal dari Selangor itu berazam untuk terus meghiburkan peminatnya lebih tinggi apabila mendapat sokongan daripada ramai rakan artis seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

“Saya baik-baik saja, sebetulnya berasa gembira dan tersentuh hati apabila rakan-rakan artis terus memberi sokongan padu walaupun dihimpit kontroversi itu.

“Bayangkan jika 30 tahun berada dalam industri tapi orang tak bercakap fasal kita, tak risau ke? Bagi saya, benda buruk boleh ditukar kepada perkara positif.”

“InsyaAllah, tahun hadapan sempena 30 tahun pembabitan sebagai penyanyi,mana tahu ada rezeki saya akan hadiahkan sebuah konsert untuk peminat,” tambahnya.

Disoal mengenai isu klip rakaman yang tular itu, penyanyi bergenre R&B itu hanya mampu tertawa kecil sahaja.

“Saya nak tergelak saja..bukan bongkak, tapi mereka yang mengutuk mungkin tak pernah tahu apa saya pernah lalui sebelum ini. Kontroversi dialami dulu lebih teruk.

“Dulu saya fikir, mungkin saya artis yang paling kontroversi. Boleh namakan apa saja, misalnya isu pakaian seksi, ditipu pengurus atau pandai menjawab apabila dikecam.

“Jadi, bagi saya, isu dikritik menyanyi sumbang ni seperti main enjit-enjit semut saja (isu kecil),” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Mungkin Akan Berhenti Dulu” – Siti Nurhaliza Akui Ning Baizura Kuat Semangat

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi