Trending By: SGMS Faida June 26, 2018 @ 5:59am

Bazar Perayaan Di Dua Lokasi Ini Bakal Tinggal Kenangan

Isu ini timbul dah bertahun lamanya namun tidak pernah diambil tindakan.

Bazar Ramadan yang mula wujud sejak 2003 dengan kira-kira 100 gerai beroperasi di sekitar Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman bakal dihentikan operasi tak lama lagi.

Ini kerana, terlalu banyak kes melibatkan orang tengah untuk mendapatkan kelulusan tapak bazar atau gerai meskipun pelbagai usaha dilakukan DBKL untuk menghentikannya.

Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memutusakan tiada lagi bazar perayaan di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman pada masa akan datang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata keputusan ini dibuat selepas beberapa isu tidak diselesaikan bertahun-tahun lamanya.

“Kami tidak akan membenarkan lagi bazar Ramadan atau Deepavali di Jalan Masjid India, Lorong Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitarnya.

“Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin,” katanya.

Tambah beliau, “ Kira-kira lima tahun lalu, kami memutuskan bahawa peniaga mesti memohon terus dengan DBKL dan tapak bazar diagihkan dengan proses undi.

“Namun tanpa persatuan mengawasi bazar, pengurusan gerai tidak mementingkan aspek kebersihan,” katanya memberitahu barangan boleh dibeli dari kedai berdekatan, tak perlu ke bazar.

Ketika ditanya mengenai nasib pasar malam setiap Sabtu di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Amin Nordin berkata ia akan dikekalkan.

Sumber: The Star

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 4 Aug 2022

Janna Nick Terima Komen L*cah Gara-Gara Tayang Gambar Betis

Yang kutuk kata betis atlet tu jahat eh!

Featured Thu, 2 Mar 2023

Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

‘Dia jatuh terkena bucu katil.. dia yang minta maaf.. Luluh hati menghadap perkara ni’ – Azhan Rani 😥 Apapun guys, kita doakan Fasha segera sembuh ya 🤲🏻🥹

Featured Fri, 7 Oct 2022
Featured Fri, 11 Aug 2023
Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Hiburan Sun, 28 Jan 2024

Selalu Gosok Pakaian Sampai Berlubang & Terbakar, Ozlyn Tak Boleh Sentuh Seterika…. Nasib Baik Johan ‘Pro’!

Wahh… beruntung Ozlynn dapat suami macam Johan, dahla kelakar pandai gosok baju pulak tu!

Featured Tue, 3 Jan 2023