Featured By: Fatin Nurain January 3, 2023 @ 10:47am

Aedy Ashraf & Nabila Razali Tiada Masalah Cipta Keserasian

Pelakon Aedy Ashraf dan Nabila Razali mengakui tiada masalah untuk mencipta keserasian menerusi drama rantaian TV3 Kerana Cinta Itu Ada yang telah mula ditayangkan pada 28 Disember yang lalu.

Menurut Aedy, dia pernah bekerjasama dengan Nabila menerusi beberapa buah drama bersiri sebelum ini biarpun hanya memegang watak sampingan.

“Alhamdulillah, so far semuanya okay. Tapi tak tahulah chemistry tu terpancar ke tidak nanti kita serahkan feedback dari penonton sahaja nanti.

“So far, memang sepanjang sesi penggambaran dijalankan kami memang tiada sebarang masalah sebab kami berdua dah lama berlakon.

“Lagipun sebelum ini kami pernah bekerjasama menerusi sebuah drama tapi ketika itu saya hanya memegang watak sampingan.

“Tapi ini kali pertama kami digandingkan bersama sebagai watak utama menerusi drama Kerana Cinta Itu Ada,” katanya ketika ditemui XTRA.

Dalam pada itu, Nabila turut menyatakan Aedy pernah muncul buat beberapa kali dalam muzik video lagunya dan mengakui senang untuk bekerjasama dengan aktor itu.

“Sebelum ini Aedy pernah muncul dalam beberapa muzik video saya sebelum ini. Cuma kali ini kami lebih rapat kerana perlu bekerjasama untuk menjayakan watak menerusi drama ini.

“Apa yang saya suka tentang Aedy ni, sebelum kita nak mula shoot tu kita akan bincang sama-sama apa yang kita nak buat supaya proses penggambaran itu berjalan lancar. Senanglah untuk bekerjasama dengan dia,” kata Nabila.

Selain itu, Nabila turut mengakui dirinya sangat teruja untuk mendengar maklum balas dari penonton mengenai drama yang diadaptasi daripada novel terbitannya ini.

“Agak nervous juga sebenarnya untuk mendengar feedback dan penerimaan penonton. Tapi kami harap semuanya positif dan baik-baik sahaja.

“It’s a good thing bila orang suka karakter dalam sesuatu drama tu. Maksudnya mereka percayakan kisah percintaan dua karakter ni dalam drama tu.

“Tapi bagi kami, kami akan berpuas hati dan tidak sabar untuk mendengar feedback dari penonton lebih-lebih lagi bila saya merupakan penerbit novel Kerana Cinta Itu Ada dan novel ini diadaptasikan sebagai drama,” katanya.

Selain Nabila dan Aedy, drama arahan Azri Izhar ini turut dibintangi oleh Alvin Chong, Puteri Khareeza, Emelda Rosemila dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menonton drama Kerana Cinta Itu Ada menerusi Slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Ahad, pada jam 7 malam, di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Feb 2025
Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023

5 ‘Perempuan Jadian’ Lari Bertempiaran Berjaya Dicekup Dalam Op Cegah P*ndan

Dalam serbuan tersebut, lima orang pondan yang berasal dari Thailand telah ditahan untuk pengesahan identiti dan siasatan awal.

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
LIFESTYLE Wed, 3 Apr 2019

Hilton Garden Inn South Offers Families a Home Away from Home

You don’t need to go far for a nice stay away from our usual hectic lives.

Featured Wed, 17 Jul 2019

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Berdebar jantung dan tak kering gusi dibuatnya!

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Featured Tue, 1 Oct 2019

Inilah fungsi sebenar warna pada tiub ubat gigi anda

Ia tidak merujuk kepada bahan toksik di dalam ubat gigi itu ya!

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Netizen Tak Beradab! Nazim Othman Kecewa

Selepas gambar tersebut dikecam netizen, Nazim Othman sekali lagi dilihat memuat naik gambar beliau dengan caption yang lebih deep

Trending Fri, 20 Sep 2019
error: Content is protected !!