Featured By: Aqilah Paharuzi August 11, 2023 @ 4:00pm

Trauma Kena Pukul Di Kepala, Kamal Adli ‘Kunci Diri’ Dari Media Sosial – “Masih Tertanya-Tanya Apa Salah Saya”

Pelakon, Kamal Adli mengakui masih trauma akibat diserang di bahagian kepala oleh individu tidak dikenali ketika berada di Singapura pada mac lalu.

Insiden tersebut memberi impak yang sangat mendalam kepada kehidupan suami kepada aktres, Uqasha Senrose itu sehingga memilih untuk menjauhi media sosial.

Menurut Kamal, dia juga berpesan kepada Uqasha untuk tidak berkongsi mengenai kehidupan mereka suami isteri kerana bimbang sekiranya ada pihak akan tidak menyukai.

“Selepas insiden tu dalam dua bulan saya masih trauma sampai tak keluar rumah, walaupun saya pakai pelitup muka dan topi pun masih ada orang yang mengenali saya. Bila saya jalan, dalam dua tiga langkah saya pandang belakang.

“Kes ini buat saya jadi kurang minat di media sosial, kalau tengok Instagram, TikTok saya jarang saya update. Isu ni ‘triggered’ saya jadi takut untuk berkongsi kepada khalayak ramai.

“Jadi hilang ‘mood’, saya tahu media sosial adalah untuk kerjaya juga. Tapi untuk mendapatkan mood semula ambil masa sikit.

“Isu ini bagi impak yang besar sangat dalam hidup saya sampai terfikir tentang salah saya, apa yang saya lakukan sebab saya memang tak pernah ganggu mana-mana pihak.

“Saya pun pesan kepada Uqasha untuk kurang berkongsi pasal kami suami isteri, risau kalau ada yang terasa hati atau tidak suka,” ujarnya.

Kamal Adli

Berkongsi mengenai kecederaan di kepalanya akibat dipukul dengan peralatan tajam cota, Kamal berkata keadaannya kini semakin baik dan jahitan juga sudah dibuka.

“Alhamdulillah, tak ada sebarang kecederaan yang teruk, nasib baik dia ketuk di belah bawah sikit kepala saya kalau tidak, tahu tahu apa akan terjadi.

“Sekarang Alhamdulillah, saya dah okay sikit. Keadaan kepala pun Alhamdulillah dah ok, jahitan pun dah buka,” katanya.

Sementara itu, aktor filem Abang Long Fadil ini juga meluahkan rasa bersyukur apabila diberi peluang kedua dalam menjalani kehidupannya bersama isteri tersayang, keluarga serta meneruskan kerjayanya sebagai anak seni.

“Saya bersyukur ada peluang lagi untuk bersama dengan isteri, keluarga dan untuk bekerja lagi. Perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pihak terutamanya rakan selebriti untuk lebih berjaga-jaga.

“Kami jaga masing-masing, untuk dia sendiri pun saya tak bagi dia keluar sorang. Kami berdua jarang keluar rumah, sebab takut kan orang zaman sekarang,” katanya lagi.

Kamal Adli

Jelas Kamal, sehingga kini dia masih tidak mendapat jawapan tentang motif individu tersebut bertindak berani untuk memukulnya di khayalak ramai.

“Sekarang saya hanya membaca laporan berita mengenai kes saya ini. Buat masa ini, pihak polis tidak menghubungi saya untuk memaklumkan perkembangan kes.

“Cuma sampai sekarang saya masih tertanya-tanya motif disebalik kenapa dia pukul saya. Walaupun semua pihak dah tanya dia banyak kali, tapi masih tiada jawapan.

“Saya berharap suatu hari nanti perkara ini akan terjawab,” ujarnya ketika diteumi di Majlis Sidang media B.A.R.I.S.T.A Misi Terpaling Sulit di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Pada 12 Mac lalu, Kamal berdepan detik cemas apabila dipukul di bahagian kepala oleh individu tidak dikenali ketika berada di acara Hari Raya Mega Sale bertempat di  EXPO Singapura.

Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas dihentak menggunakan alatan tajam cotar.

Suspek berusia 34 tahun itu didakwa di bawah Mahkamah Singapura pada 14 Mac dan jika sabit kesalahan akan didakwa dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu hukuman penjara selama tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana gabungan.

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

Artikel Berkaitan: Insiden Kamal Adli Diserang, Roslan Shah Tampil Jelaskan Situasi Sebenar – “Pihak Penganjur Tak Abaikan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Trending Mon, 15 Jan 2024

Bakar Al-Quran Di Dalam Tong Sampah Gagal, Cubaan Pemimpin Anti-Islam Belanda Tidak Berjaya

Puak anti-Islam ni tak pernah puas dengan provokasi menghina Al-Quran! Semoga mendapat balasan yang setimpal kelak.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

GFriends Bakal Datang Ke Malaysia Untuk Konsert Asia Tour Pada Jun Ini!

Walaupun tak se-femes Blackpink , tapi best juga lagu-lagu diorang ni?

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber. Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan […]

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Featured Fri, 4 Nov 2022

Tak Sampai 24 Jam Tular, Ebit Lew Hadiahkan Kereta Pada Ibu Tunggal & Anak OKU -“Ya Allah.. Anak Rezeki Kita..”

Alhamdulillah, terima kasih Ustaz Ebit Lew. Semoga Allah permudah segala urusan Puan Azimah dan anaknya ❤️

Hiburan Thu, 28 Apr 2022