Categories: Trending

Bekalan Air Di Lembah Klang Kembali Pulih, Loji Rawatan Beroperasi Semula

Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor 1, 2 dan 3 telah mula beroperasi semula selepas dihenti tugas seketika akibat pencemaran air sejak malam semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi, Air Selangor memaklumkan LRA Rantau Panjang mula beroperasi sejak jam 3.30 pagi manakala LRA Sungai Selangor pula pada jam 5 pagi tadi.

Terdahulu, Air Selangor umum bekalan air di 1,274 kawasan terjejas selepas pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor.

Gangguan tersebut membabitkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam semalam manakala LRA Sungai Selangor pada jam 1 pagi tadi.

Kredit foto: Air Selangor

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”