Categories: Trending

Kerajaan Peruntuk 6.8 Juta Untuk Sistem e- Kasih, Pantau Data Kemiskinan Rakyat

Berikutan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada ketika ini, kerajaan akan memperkemaskan sistem e-Kasih bagi memantau data kemiskinan dalam kalangan rakyat dengan peruntukan sebanyak RM6.8 juta pada tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab soalan parlimen hari ini, 


“Saya sedar bahawa sistem lama ini tidak berkesan sebab itu langkah memperkemaskan dengan penggunaan teknologi baharu supaya data-data itu mestilah lebih tepat dan usaha dibuat untuk menentukan supaya kaedah baharu akan digunakan atas mana e-Kasih juga tetapi tidak seperti e-Kasih yang lama.


“Saya percaya apabila kita melaksanakan ini segala maklumat terperinci di seluruh kawasan di negara kita baik di bandar atau luar bandar dapat kita kumpulkan” .

 Kerajaan sedang mengumpul data untuk mengenal pasti golongan baharu yang termasuk dalam kategori miskin dan miskin tegar akibat pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Menurutnya, seramai 101,385 individu telah menuntut insurans kehilangan pekerjaan setakat 3 Disember dengan 52 peratus daripada jumlah itu adalah mereka yang bergaji RM2,000 dan ke bawah sebulan.

Kredit foto: FMT

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”