Categories: Trending

Bekas Isteri Nelson Mandela Meninggal

Winnie Madikizela Mandela, bekas isteri mantan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela telah meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Menurut jurucakapnya Victor Dlamini, wanita itu dimasukkan ke hospital Johannesburg awal tahun lalu kerana penyakit buah pinggang dan serta mengalami kesakitan pada salah satu kakinya.

Mendiang juga sering keluar masuk hospital sejak 2016 atas masalah kesihatan.

Aktivis dan pejuang antiaparteid itu telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Netcare Milpark pada 2 April 2018 akibat sakit tua.

Ahli politik yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kesenian, Kebudayaan, Sains dan Teknologi itu berkahwin dengan Mandela selama 38 tahun dan menjadi penyokong terkuatnya selama 27 tahun ketika bekas pemimpin itu ditahan. 

Pasangan itu bercerai pada Mac 1996 dan meninggalkan dua orang anak perempuan.

– AFP

SGMS Faida