Trending By: Padin January 29, 2021 @ 6:21am

Berita Baik Khusus Untuk Calon SPM 2020… KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@ntv7!

Berita baik khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), termasuk program TV Pendidikan.

Bermula 27 Januari 2021, KPM akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@ntv7.

Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

Slot tambahan ini melibatkan dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di saluran NTV7.

KPM juga telah menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@ntv7.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin Program TV Pendidikan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh murid, guru dan ibu bapa sebagai salah satu kaedah PdPR yang berkesan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 3 Aug 2022

“Saya Inginkan Anak Lelaki Lagi” – Adira ‘Tutup Kilang’ Selepas Cahaya Mata Keempat

Kalau tambah lagi masa akan datang pun apa salahnya kan? Semoga urusan melahirkan anak keempat Adira dipermudahkan.

Acara Wed, 14 Sep 2022

Awie & Hazama Antara Selebriti Dilantik Duta Anti-Scam

Jangan terpedaya dengan scammers okay!

Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Mon, 17 Aug 2020
Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Tak ada rezeki Paksu nak tengok arwah buat kali terakhir. Salam takziah buat keluarga Hamdan Senario

Featured Tue, 6 Dec 2022

Ayda Jebat, Nabil Mahir Menangis Tinggal Anak Untuk Urusan Kerja

Pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir menangis apabila terpaksa ke luar negara meninggalkan anak mereka, Ana Nayla atas urusan kerja. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @ashhryyyyy di laman TikTok, Ayda dan Nabil […]