Hiburan By: Maya Basir January 7, 2024 @ 4:05pm

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Pelakon dan pendakwah, Shamsul Ghau Ghau terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis pengebumian ahli kumpulan Senario, Hamdan Ramli yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Menurutnya, jadual kerja yang padat yang menyukarkan dirinya untuk hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat sahabat baiknya itu.

“Saya terkilan sangat sebab saya ada urusan kerja. Pada awalnya saya rancang lepas selesai sesi rehearsal program Pentas Marhaban saya nak pergi ke Ipoh tapi kalau saya pergi pun hanya dapat tengok kubur sahaja.

“Tambahan pula perjalanan dari Kuala Lumpur nak ke sana hampir dua jam, lepas itu memikirkan saya ada sesi rakaman pula pada awal pagi keesokan harinya jadi saya tak dapat hadirkan diri.

“Tapi saya ada maklumkan pada isteri arwah iaitu Malini dan saya cakap, ‘Minta maaf saya tak dapat datang sebab saya ada urusan kerja yang tak dapat dielakkan’.

“Meskipun saya tak dapat hadirkan diri namun saya tetap mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujarnya semasa ditemui pada majlis sidang media Pentas Marhaban akhir yang diadakan di Studio TV Alhijrah, semalam.

Pendakwah berusia 55 tahun yang lebih mesra disapa Paksu ini mengakui masih terkejut dengan pemergian Hamdan dan belum sempat proses berita tersebut sepenuhnya.

“Saya sebenarnya macam tak boleh move on sebab saya sangat terkejut bila dapat tahu mengenai pemergian arwah.

“Kita selalu dengar orang cakap, ‘Semalam baru je tengok dia buat siaran langsung di media sosial, tiba-tiba dah tak ada’.

“Saya tak boleh fikir sebenarnya tapi saya cuba sibukkan diri dengan bekerja tapi nanti bila balik saya akan ingat kembali,” katanya.

Disoal tentang penyakit yang dihadapi arwah Hamdan, Paksu memaklumkan dia dan arwah sendiri masing-masing tidak mengetahui mengenai penyakit tersebut.

“Sejujurnya saya tak tahu pun dia sakit bahkan arwah sendiri pun tak tahu.

“Pada awalnya dia sakit perut saja, tapi bila pergi hospital terus dapat tahu ada penyakit buah pinggang tahap tiga.  Saya pasti anak-anak arwah juga terkejut dengan perkara ini sebab kami memang tak tahu yang dia sakit,” jelasnya.

Terdahulu, Hamdan telah ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Ahad lalu akibat jangkitan dalam darah selepas cirit-birit dan sukar bernafas.

Difahamkan, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru sempena ulang tahun ke-27 Senario pada Ahad lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Gempak Habis…Gabungan Pemuzik Handalan Asia Dalam Project E.A.R!

Pengenalan pertama Project E.A.R. memperlihatkan Pop Shuvit (Malaysia), Slapshock (Filipina), Thaitanium (Thailand), Saint Loco (Indonesia) dan Ahli Fiqir (Singapura) mempersembahkan medley lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan masing-masing (Bahasa Malaysia,Indonesia,Tagalog dan Thai).

Hiburan Wed, 1 Sep 2021

Sarat Hamil Ketika Pandemik: Ayda Jebat Akui Takut, Tapi…

Penyanyi Ayda Jebat yang kini sarat hamil mengakui dirinya enggan memikirkan mengenai perkara buruk yang terjadi di sekelilingnya ketika wabak Covid-19 melanda. Menurut Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dia mahu terus kekal […]

Trending Thu, 21 Jun 2018

Feri Langkawi- Kuala Perlis Terkandas

Usaha memindahkan penumpang dan 12 kru feri dilakukan bersama pasukan Polis Marin, Kastam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Hospital Tuanku Fauziah serta komuniti nelayan yang menggunakan bot sampan fiber yang diuruskan oleh syarikat pengendali feri itu.

Trending Tue, 12 Jun 2018

Netizen Berang, Kisah Sebenar Awek Dipukul Kekasih Durjana Viral!

Kisah sebenar video itu didedah oleh rakan baik lelaki berkenaan. Lantas, membuatkan netizen naik berang dengan alasan yang diberikan.

Trending Mon, 22 Jan 2018

5 Trik Oversized Shirt

Kemeja dengan ukuran besar atau oversized shirt sentiasa menjadi item pilihan penggemar fesyen tidak kira bagi mereka yang memiliki badan besar mahupun bertubuh kecil.