Categories: Trending

Bermula 10 Ogos Hanya 2,000 Orang Sahaja Dibenarkan Rentas Tambak Johor, Link Kedua

Hanya 2,000 orang sahaja sehari!

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai Kemudahan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) akan dihadkan kepada 2,000 orang sehari melalui Tambak Johor dan Link Kedua bagi tujuan rentas sempadan ke negara jiran, Singapura.

Perjalanan rentas sempadan ini terdapat dalam dua kategori iaitu rentas sempadan setiap hari yang membabitkan seramai 200,000 rakyat kedua negara bagi tujuan kerja sahaja.

Manakala, bagi kategori ketiga dan keempat, kerajaan dua negara masih memperhalusi banyak perkara sebelum ianya boleh dilaksanakan.

Akan dikaji untuk penambahan

Sumber : Google

Had pengguna kedua-dua kategori kemudahan rentas sempadan ini akan dikaji dan dipertimbangkan untuk penambahan dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah kes Covid-19 dan Prosedur Operasi Standard (SOP) .

Terdapat dua kategori perjalanan rentas negeri melalui Tambak Johor dan Link Kedua ini. Antaranya ialah,  rentas sempadan setiap hari yang membabitkan seramai 200,000 rakyat kedua negara bagi tujuan kerja sahaja.

Manakala bagi kategori ketiga dan keempat pula, kerajaan dua negara masih akan memperhalusi banyak perkara sebelum ia boleh dilaksanakan.

Rentas sempadan bermula 10 Ogos Ini

Sumber : Google

Berkuatkuasa bermula 10 Ogos ini, laluan RGL ini turut membolehkan rakyat di dua negara ini merentas negara masing-masing atas urusan rasmi dan perniagaan penting sahaja. Dan, PCA juga membenarkan rakyat Malaysia dan Singapura memegang pas imigresen jangka panjang untuk memasuki dua negara bagi tujuan bekerja.

Bagi mereka yang memenuhi syarat perjalanan, harus mematuhi protokol kesihatan yang telah dipersetujui. Selain itu, Malaysia Singapura juga sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan rentas sempadan lain termasuk perjalanan setiap hari.

Salma Syahbuddin