Categories: Trending

Wow! Lelaki Ini Tidak Pernah Potong Rambut Hampir 100 Tahun!

Penutupan kedai gunting dan salun dandanan ekoran perintah kawalan pergerakan menyebabkan ramai lelaki tidak berpeluang memotong rambut mereka.

Bayangkan jika sebulan dua sahaja tidak dapat memotong rambut pun sudah meresahkan sesetengah orang, inikan pula bertahun-tahun kan?

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki berusia 95 tahun dari Karnataka, India yang memilih untuk tidak memotong rambutnya hampir seabad. Wow, lama tu!

Keadaan itu menyebabkan lelaki yang bernama Doddapallilah yang berasal dari daerah Molakalmuru, Chitradurga mengikat rambutnya bagi membolehkannya bergerak apabila panjang rambutnya kini berukuran 7.3 meter.

Berdasarkan rakaman video yang tular baru-baru ini, Doddapalliah mengakui tidak pernah menggunting rambutnya.

Malah, Doddapalliah lebih rela meminta bantuan orang lain menggulung rambutnya daripada mengguntingnya.

Menerusi rakaman video itu juga, Doddapalliah menahan kesakitan sewaktu beberapa orang membuka dan mengikat rambutnya.

Rambut lelaki itu seperti tidak pernah dicuci kerana strukturnya yang tebal dengan gaya dreadlock.

Macam mana lah lelaki ini boleh menahan beban ketebalan rambutnya hampir 100 tahun kan? Hebat!

Sumber: Harian Metro

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover