Trending By: Padin November 24, 2021 @ 5:02pm

Bertemu Dengan Warga Emas Viral… Netizen Sindir Baby Shima, Beri Gelaran Perempuan Tak Ada Akhlak – “Tak Nak Ajak Atuk Grab Masuk Pub Ke?”

Penyanyi Baby Shima terkilan apabila niat baiknya berkongsi pertemuan dengan seorang warga emas berusia 68 tahun di laman sosial menjadi bahan sindiran netizen.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli mengakui tidak memahami isi hati wargamaya yang mengejinya apabila dia mengadakan pertemuan dengan warga emas yang viral kerana masih bekerja dengan Grab untuk mencari rezeki.

Kisah warga emas yang dikenali sebagai Atuk Grab itu mula menjadi tular serta meraih perhatian ramai apabila dilihat masih bekerja di usia tua demi menyara anak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa Lagi Alasan Orang Muda Untuk Jadi Malas…” Atuk 68 Tahun Viral Di TikTok, Buat Grab Tampung Kos Hidup

“Entahlah. Saya sendiri pun keliru dan tak faham. Apa yang saya buat seolah-olah semuanya tak betul, semua benda pun salah.

“Bila saya menari, ada yang kecam dan maki. Bila buat baik seperti jumpa Atuk Grab pun, tetap ada sesetengahnya tak puas hati, tetap ada yang maki dan sindir. Habis tu, netizen nak saya buat apa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Saya jumpa Atuk Grab ni memang ikhlas. Melihat keaadaannya yang sudah tua, tapi masih mencari rezeki, saya jadi sedih. Dalam keadaan sekarang dan usianya yang sudah lanjut, dia gagahkan diri juga untuk mencari rezeki,” katanya.

Tambah Shima yang baru sahaja muncul dengan lagu Lalai, dia pelik apabila ada segelintir pihak yang kurang gemar apabila dia membuat kebaikan.

“Salah ke saya jumpa dia untuk gembirakan dia? Saya pelik bila ada yang tak suka saya buat kebaikan.

“Saya tak kisah apa orang nak cakap atau nak tuduh bukan-bukan sehingga saya mengalami depresi, tapi bila saya buat perkata baik tetap nak kecam, agak-agaklah.

“Saya ni manusia biasa, ada hati dan perasaan. Kalau tak suka, lebih baik diam. Kalau nak komen pun, biarlah secara baik. Saya buat perkata baik,” katanya.

Terdahulu, Shima dihimpit kontroversi apabila fotonya di sebuah kelab malam menjadi tular dalam kalangan netizen.

Timbul dakwaan Shima berhibur di kelab malam sedangkan foto terbabit hanyalah sedutan muzik video single terbaru Shima berjudul Lalai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Nov 2018

This 12-Year-Old Thai Model is Actually a Boy and People Love Him for His Cross-Dressing

He’s made so much money, he could buy a house for his family too!

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Terus M*ki Hamun Saya Persoal SOP” – Alyah Bidas Kritikan Rentas Negeri Ke Langkawi

Selepas isu pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang dikritik kerana merentas negeri di Langkawi kini penyanyi terkenal, Datin Alyah menerima nasib yang sama. Terbaru, kunjungan Alyah ke Langkawi atas urusan kerja telah mendapat kritikan […]

Trending Thu, 15 Jul 2021

Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Buat Semua Pekerja Di Malaysia

Melalui inisiatif Program Subsidi Upah 4.0, pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 jumlah pekerja bagi setiap majikan bertujuan untuk membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19. Disamping dapat meneruskan operasi syarikat serta […]

Hiburan Wed, 13 Dec 2023