Trending By: SGMS Enal November 14, 2019 @ 10:26am

Beruang Matahari Diselamatkan Dari Rumah Panjang Di Betong

Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah panjang di sini semalam.

Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana tiada penghuni rumah panjang di Ijok Spak itu yang mengaku memiliki haiwan tersebut dalam serbuan pada 5.30 petang.

Komander PPMW5 ACP Shamsol Kassim dalam satu kenyataan berkata haiwan itu dirampas di bawah Seksyen 48(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 kerana tidak memiliki lesen atau permit untuk menyimpan haiwan berkenaan dan ia diserahkan kepada SFC untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Shamsol berkata  seorang pemandu lori ditahan kerana dipercayai membawa kayu bergergaji secara haram di Jalan Entabai, Julau, hari ini.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40an itu ditahan PPMW5 Sarikei pada 12.45 tengah hari bersama 240 keping kayu yang dimuatkan di dalam lori yang dipandunya itu.

“Kesemua kayu tersebut tidak mempunyai sebarang tanda hak milik, tanda (JH) Jabatan Hutan Sarawak dan tanda cukai.

“Pemandu lori dan rampasan yang dianggarkan berjumlah RM155,400 tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Mar 2021

“Apa Yang Berlaku, Saya Tak Perlu…” – Persembahan Peluang Kedua AJL35 Dapat Kritikan & Trending Di Twitter, Ini Respons Nabila Razali

“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang telah saya sampaikan malam ini,” kata penyanyi Nabila Razali mengenai persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu […]

Trending Tue, 19 Jan 2021
Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Featured Fri, 3 Mar 2023
Trending Sat, 9 Nov 2019

Pesawat Bawa Racun Serangga Terhempas!

Nasib baik juruterbang selamat, kalau tak …

Featured Thu, 10 Mar 2022
error: Content is protected !!