Categories: Trending

“Biasalah Keluar Makan…” – Digosipkan Ada Hubungan Dengan Daiyan Trisha, Ini Respons Ben Amir

Pelakon Ben Amir menangkis gosip yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Daiyan Trisha.

Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 31, dia dan Daiyan hanya sekadar kawan.

Sebelum ini, nama Ben dan Daiyan terkait selepas foto mereka keluar makan bersama tular di laman sosial pada penghujung tahun lalu.

“Kami berkawan sahaja. Tak ada apa-apa pun. Kami sekadar kawan-kawan, biasalah keluar makan bersama. Hanya kawan,” jawab Ben.

Dalam pada itu, Ben turut menganggap Daiyan sebagai seorang rakan artis yang baik.

“Daiyan seorang yang bagus, profesional dan berbakat. Saya selalu doakan dia agar dia pergi lebih jauh lagu,” katanya.

Ben ditemui di majlis pelantikan dirinya sebagai wajah koleksi eksklusif Puma di Al-Ikhsan di The Curve, Damansara semalam.

Kata Ben, dia berbesar hati apabila disunting menjadi wajah untuk jenama sukan terbabit.

“Saya mengikat kontrak dengan jenama terbabit selama setahun. Sesuai dengan gaya hidup aktif yang sering saya paparkan, saya berbangga dan bersyukur atas rezeki yang datang,” kata Ben.

Dengan tema ‘Fresh Looks Everyday’, koleksi terbabit bermula dari harga RM39 sehingga RM299.

Padin