Categories: Trending

Kompaun Bakal Dikeluarkan Buat Neelofa Dan PU Riz

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, pihaknya sudah mencadangkan supaya kompaun dikeluarkan terhadap pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Suami, Mohd Haris Ismail.

Menurutnya, Timbalan Pendakwah Raya akan memutuskan sama ada pasangan tersebut akan didakwa atau sebaliknya dan pihak polis juga sudah menyerahkan kertas siasatan. Namun, polis memberi cadangan untuk mengenakan kompaun kepada pasangan terbabit atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Kes tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Terdahulu, pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Akan Ambil Tindakan” Neelofa & Suami Dipanggil Beri Keterangan Isu Langgar SOP – KPN

ARTIKEL BERKAITAN : “Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

ARTIKEL BERKAITAN : “Bukan Honeymoon!” – Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Netizen Jangan Terus Buat Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN : “Semua Okay…” Pengurus Majlis Perkahwinan & Pembantu Peribadi Neelofa Hadir Beri Keterangan

ARTIKEL BERKAITAN : Gagal Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Neelofa

Salma Syahbuddin