Categories: Trending

BPN 2.0 : Bantuan RM 1000 Dan RM 500 Buat B40, Permohonan Mulai 15 Oktober Ini

Berita baik kepada individu yang gagal menerima bantuan Bantuan Prihation Nasional dan Bantuan Sara Hidup pada tempoh lalu boleh berbuat demikian bermula 15 Oktober hingga 15 November ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan.

“Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan B40 bakal terima RM 1,000 dan RM 500

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

Tengku Zafrul berkata, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”