Categories: Trending

Gangguan Air Di Selangor, Ini Antara Lokasi Yang Terjejas

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan henti tugas loji ini akan menyebabkan 273 kawasan terjejas, membabitkan 309,605 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

4 wilayah terjejas

Tambahnya lagi, gangguan air kali ini akan membabitkan empat wilayah iaitu wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Air Selangor sudah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan,”

Bagaimanapun, pihak Air Selangor masih tidak dapat memberi jaminan mengenai tempoh masa pengoperasian semula dan pemulihan bekalan.

Sumber : Air Selangor

Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air di kawasan anda, bolehlah layari www.airselangor.com.

Salma Syahbuddin