Categories: Trending

Mesyuarat Khas Berhubung PKP 2.0 Kini Dalam Perbincangan – PM

Sejak beberapa hari yang lalu, kes penularan Covid-19 semakin meningkat sehingga mencatatkan jumlah kes sebanyak 317 pada Sabtu.

Oleh sebab itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Sumber : Google

PM beri jaminan

Beliau bagaimanapun memahami, kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kes sejak akhir-akhir ini.

Namun beliau memberi jaminan pihak-pihak yang terlibat akan terus mengawal dan menguruskan perkara ini dengan sebaik yang mungkin.

Sumber : Facebook

Situasi adalah terkawal

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sempat memaklumkan bahawa, situasi pada masa ini adalah terkawal dan masih dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai pihak dan aktiviti pemantauan kesihatan berterusan yang djijalankan oleh pihak KKM.

Justeru itu, beliau menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dalam menghadapi situasi ini sekaligus membudayakan norma baharu dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Salma Syahbuddin