Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 27, 2021 @ 4:29pm

Caprice Tampil Bantu Abang Burger Kena Kompaun RM50,000 – ” Netizen Ucap Terima Kasih, Respect You Bro”

Semalam tular berita mengenai seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 kerana berniaga melebihi waktu ditetapkan.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, memaklumkan beliau didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan sekitar jam 11.10 malam sebelum polis berkenaan mengeluarkan kompaun tersebut.

Namun, tindakan penyanyi rap, Caprice menerusi hantaran di instagram miliknya, menyatakan hasrat untuk membuka tabung bagi mengumpul dana membantu menyelesaikan kompaun yang dikenakan ke atas Wan Mohd Faisal.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli kelihatan sempat menghubungi Faisal dan menyatakan hasrat beliau untuk membantu menyelesaikan kompaun tersebut sebelum 9 Mei 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Difahamkan Wan Mohd Faisal dan isteri, bergantung pendapatan sepenuhnya terhadap hasil jualan burger termasuklah terpaksa berpindah-randah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaharu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba meminta agar Wan Mohd Faisal segera mengemukakan rayuan kerana pihaknya melihat kes itu sebagai satu kes khusus dan perlu ditangani dengan segera.

“Mereka yang dikompaun sentiasa diberikan peluang untuk mendapat keadilan dan dibenarkan untuk mengemukakan rayuan mengikut mekanisme yang disediakan
“Untuk itu, KKM akan membuat penilaian semula mengenai kes peniaga burger itu bagi mempertimbangkan sama ada akan diberikan pengurangan atau pengecualian sekiranya didapati ada asas yang munasabah,” katanya.

Sumber : Instagram, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

“Berhentilah Sebarkan Aib, Dia Budak Yang Baik” – Siti Jamumall Pertahan Mia Sara

Menurut Siti, sepanjang hampir lima tahun saling mengenali, dia menyifatkan Mia sebagai seorang yang baik

Hiburan Tue, 1 Apr 2025
Trending Mon, 25 Jan 2021

Bantuan Komputer Riba Untuk Pelajar B40, Inisiatif CERDIK Dilancar Februari Ini

Semoga dengan bantuan ini, nasib para pelajar terbela ❤️

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

Rezeki Sentiasa Mengalir, Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan Suka Belanja Makanan Di Set Penggambaran

Mira Filzah murah rezeki, belanja makanan di set penggambaran cecah RM8,000!

Trending Sat, 2 Nov 2019
error: Content is protected !!