Categories: FeaturedTrending

Caprice Tampil Mohon Maaf – “Apa Yang Berlaku Adalah Kesilapan Saya”

Penyanyi rap dan aktivis, Caprice, 32, tampil memohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew, Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di atas segala kesilapannnya kerana terlalu beremosi dalam usaha menjalankan misi bantuan ke Gaza, Palestin baru-baru ini sehingga menimbulkan kekecohan dan salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN : “Ada Beberapa Individu Hanya Fikir Kepentingan Peribadi… Jaguh Handal Dalam Social Media”- TMJ

ARTIKEL BERKAITAN : “You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

ARTIKEL BERKAITAN : “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal Kenapa Nampak Macam Photoshoot?” – Caprice Dedah Kena Block Dengan Ebit Lew Di Instagram

Perkara itu dimuat naik oleh Caprice sendiri menerusi hantaran di laman Instagramnya sebentar tadi.

“Saya mohon maaf atas kesilapan saya di mana kita terlalu emosi mengenai pejuang kita demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia. Apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri dan tidak terbabit pihak lain.

“Saya juga minta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuatkan mereka risau mengenai keselamatan saya selama ini. Saya sayang kamu dan apa yang saya lakukan adalah untuk membuat kamu bangga,” katanya.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dalam hantaran tersebut memaklumkan, kejadian yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan dan kekhilafannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : “Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan – Bukan Pada Saya, Saya Sedih”.. – Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN : “Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew

Selain itu, Caprice turut berterima kasih kepada pihak kerajaan, Kedutaan Malaysia di Mesir serta kerajaan Mesir di atas segala layanan, sokongan dan perlindungan keselamatan selama 24 jam sepanjang dia berada di negara itu.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir…”

Caprice juga memaklumkan dia akan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan segala urusan di bumi Palestin sepertimana janjinya sebelum ini.

 

 

Salma Syahbuddin