Categories: FeaturedTrending

Kelonggaran Pergerakan & SOP Diumum Selepas Aidiladha

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang membincangkan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan kepada individu melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan perniagaan selepas sambutan Aidiladha.

“Kita akan beri kelonggaran (individu lengkap dua dos), jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci siapa boleh bebas bergerak dan sektor perniagaan mana yang akan dilonggarkan.

“Insya-Allah, perkara ini akan diumumkan selepas raya (Aidiladha),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Mindef (Kementerian Pertahanan) Prihatin, di Wisma Pertahanan, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan kelonggaran rentas daerah adalah bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin.

Untuk rekod, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV),  lebih 4.5 juta individu melengkapkan dua dos suntikan manakala 9.8 juta selesai mengambil dos pertama suntikan.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin