Warga Selangor & KL Boleh ‘Walk In’ Vaksin Bermula 1 Ogos, Tapi Hanya Untuk….

Kerajaan mengumumkan mana-mana warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mendapat janji temu vaksinasi serta golongan tercicir boleh mendapatkannya secara terus di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 1 Ogos.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), inisiatif itu diibuka kepada rakyat tempatan dan asing serta golongan tercicir yang yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan seperti yang dijelaskan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini.

“Merujuk kepada mesej tular mengenai walk-in di Selangor dan Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2021, CITF ingin memaklumkan bahawa inisiatif walk-in ini adalah untuk golongan yang tercicir dan belum mendapat janji temu selepas tarikh tersebut dan bukan untuk orang ramai yang sudah pun diberikan janji temu masing-masing,” kata CITF dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

“CITF juga ingin memaklumkan bahawa PPV yang akan beroperasi untuk tujuan walk-in pada bulan Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak. PPV yang ada sekarang tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif walk-in ini.

“Dalam pada itu, CITF ingin menyeru agar mereka yang telah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV yang telah diberikan,” jelas kenyataan itu lagi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”