Categories: Trending

Caprice, Zynakal, Shou Raion & Carlolitto Berkolaborasi Dengan Bate Dalam Langgar

Sejak melancarkan lagu debut ‘One I Love’ pada tahun 2018, DJ duo tempatan, Wai Hong dan Ethan Curzon yang dikenali sebagai BATE berjaya mengukir nama di arena muzik antarabangsa. Kini, pasangan duo ini bakal melancarkan single ketiga mereka berjudul LANGGAR. Menerusi lagu ini buat pertama kalinya BATE berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi rap tempatan terdiri daripada Caprice, Zynakal, Shou Raion dan Carlolitto.

LANGGAR  merupakan ciptaan bersama Wai Hong, Ethan Curzon, Caprice, Zyn Akal, Shou Raion dan Carlolitto. Lagu ini turut mendapat sentuhan penerbit tersohor Bryan B yang bertindak sebagai penerbit rakaman bersama BATE. 

LANGGAR boleh disinonimkan dengan semangat untuk terus maju kehadapan walaupun  banyak rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi dalam kehidupan seharian. Lagu yang mengetengahkan genre EDM ini bukan sahaja menyajikan muzik segar tapi rentak dan liriknya juga  mampu menyuntik semangat buat mereka yang mengejar cita-cita dan kejayaan dalam hidup.Mengulas tentang lagu ini, Wai Hong dari BATE berkata, “Ini adalah lagu Melayu pertama kami. Ini juga merupakan salah satu lagu yang paling ‘catchy’ pernah kami bikin setakat ini. Bekerja dengan artis-artis hebat Malaysia adalah suatu pengalaman yang luar biasa!”

Menyifatkan lagu ini suatu impian yang menjadi nyata, Carlolitto berkata, “Saya merasa sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang membuat saya selesa untuk meluahkan perasaan saya melalui lagu ini. Saya sering mengimpikan kolaborasi seperti ini, walaupun pada awalnya kedengarannya mustahil. Tetapi saya percaya pada impian saya dan mengatur langkah ke arah itu sehingga ianya menjadi kenyataan. Sebagaimana maksud lagu ini, pentingnya untuk anda memulakan langkah pertama untuk mendapatkan apa sahaja yang anda mahukan dan terus berjuang walau apa pun cabaran yang anda hadapi.”

“Dalam proses pembikinan lagu ini, saya sebagai artis baru diberi peluang dan kepercayaan untuk berkolaborasi sebaris dengan artis-artis hebat di dalam industri seperti Caprice, Zynakal, Carlo dan kumpulan DJ duo, BATE. Dalam percubaan saya menulis untuk lagu yang berkonsep seperti LANGGAR ini, saya telah melanggar syarat syarat saya sendiri dalam penulisan sesebuah lagu. Namun begitu, pada saya tak salah nak mencuba. Jadi ayuh kita raikan perbezaan dan jangan lupa untuk dengar LANGGAR!”, ulas Shou Raion pula yang menyifatkan lagu ini berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini.


Berharap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada pendengar, Zyn Akal berkata,“Mimpi tanpa matlamat hanya impian. Saya harap lagu ini dapat mengingatkan pendengar bahawa tanpa usaha yang berterusan, impian mereka tak kemana. Tempuhilah apa saja rintangan untuk sampai ke tempat yang hendak dituju, itulah yang lagu ini cuba sampaikan.”

Single terbitan bersama Universal Music Malaysia dan Lion Music Group ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 13 NOVEMBER 2020.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”