Categories: Trending

Hati Lagu Terbaik Episod Pertama SFMM35

Kehangatan kian terasa! 

Nampaknya, persembahan hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung sebentar tadi berjaya mencuri hati peminat sehingga trending di laman sosial.

Dihoskan oleh pengacara tetap, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni, tirai persembahan dibuka dengan persembahan bertenaga daripada Stacy menyampaikan lagu Khayal.

Antara barisan penyanyi yang turut tercalon di pentas SFMM35 adalah Dayang Nurfaizah (Sebentar), Sufian Suhaimi & Amira Othman (Takkan Merubah), Kaka Azraff, Noki & Tuju (Gila), YonnyBoi & Azlan The Typewriter (Kelabu), Hael Husaini (Hati), Alif Satar & The Locos (I Want You To Love Me), Naim Daniel ft Tuju (Adakah Kau Menungguku), Ernie Zakri (Gundah), Syamel (Curang) dan Wany Hasrita (Canggung).

Baca artikel berkaitan : SFMM35: Jom Semak Senarai Terbaru Giliran Persembahan Jumaat, Sabtu & Ahad Ini!

Barisan juri di SFMM35 ialah Ajai, Edry Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan Azmeer selaku ketua juri.

Seperti biasa, sebuah Lagu Terbaik akan diumumkan disetiap akhir episod SFMM5, tetapi ini tidak semestinya melayakkan lagu tersebut untuk mara ke Anugerah Juara Lagu 35 tahun hadapan.

Lagu Hati nyanyian Hael Husaini dan dicipta sendiri oleh Hael bersama Ezra Kong diumumkan sebagai lagu terbaik untuk episod SFMM35.

Jangan lupa saksikan episod kedua dan ketiga SFMM35 esok dan Ahad, jam 9 malam di TV3!

SFMM35 ini turut disokong oleh rakan-rakan digital Senang Terhibur dan Xtra.com.my serta rakan radio Hot FM dalam menghangatkan lagi demam SFMM35.

Lagu manakah pilihan anda? Gunakan tanda pagar #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai sokongan lagu kegemaran anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my dan laman media sosial rasmi Facebook, Twitter dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram @senangterhibur.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”