Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 18, 2021 @ 2:24pm

Cara Mohon Bantuan RM1,000 Buat Golongan Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun & Daftar Sebelum…

Mungkin ada yang terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa kerajaan sebelum ini telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) bagi mengatasi masalah pemberhentian kerja dan pengangguran dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, MPN telah menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di bawah Program Perantisan PERKESO yang juga dikenali sebagai PenjanaKerjaya PERKESO 2021.

Program ini pula telah ditambahbaik di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan pemberian insentif sehingga RM1,000 sebulan kepada majikan untuk memberi gaji kepada belia bagi meningkatkan peluang pengambilan belia bekerja.

Insentif yang diterima oleh majikan/perantis

Insentif yang bakal diterima bagi majikan/perantis program ini seperti berikut :

  1. Bayaran sehingga RM1,000 kepada majikan yang akan mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  2. Tempoh bayaran ini adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan sahaja
  3. Gaji atau elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan
  4. Majikan hanya boleh memohon 1 kursus latihan sahaja untuk perantis dengan kos maksimum sebanyak RM4,000
  5. Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/bantuan jika disediakan

Syarat layak memohon

Antara syarat layak memohon program PenjanaKerjaya PERKESO 2021 ini adalah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Lepasan sekolah/graduan yang berumur 18-30 tahun
  • Calon yang masih menganggur & tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Calon mesti mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun

Manakala,  kriteria calon yang TIDAK layak untuk memohon adalah seperti berikut :

  • Pelajar yang menjalani Latihan Industri (internship)
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian
  • Bukan warganegara Malaysia

Untuk makluman, bagi syarikat yang terlibat perlulah berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis ini di portal rasmi MYFutureJobs dan bagi setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini wajib mencarum dengan PERKESO.

Selain itu,  majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap.

Permohonan bantuan belia ini juga akan dibuka dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

 

Cara mohon Program PenjanaKerjaya PERKESO 2021

  1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  2. Bagi belia yang ingin menyertai Program Perantisan, boleh daftar sebagai pengguna & isikan maklumat anda untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal www.myfuturejobs.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh lah menghubungi PERKESO di talian 03-8091 5300 / 1-300-22-8000 ATAU emel kepada [email protected]

 

Sumber : PERKESO

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Mar 2025

“Berdosa Ke Saya Yang Dah Bersuami Ni Mengandung?” – Isteri Fizo Omar Tegur Netizen Persoal Kehamilan Ketiga

Fezyra memaklumkan ini bukanlah kali pertama individu terbabit menghantar pesanan langsung (DM) kepadanya.

Featured Tue, 23 Dec 2025

Uqasha Senrose Tak Berdiam Diri, ‘Cari’ Individu Tabur Fitnah – “Terlampau Jahat Sangat Kata-Kata Manusia”

Mengakui baru pertama kali bergelar ibu, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, situasi tersebut memberi kesan mendalam kepada emosinya.

Trending Tue, 12 Mar 2019
Trending Fri, 12 Apr 2019

#SetulusIkhlas: Kisah Pemandu Grab Sanggup Redah Hujan Buat Hati Pengacara Ini Tersentuh

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah dengan membantu sesama manusia. Yang penting, ikhlas. Tak gitu? 

Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Wed, 19 Mar 2025

[VIDEO] Netizen Teruja Ibu Fattah Amin Perkenalkan Amira Othman Kepada Saudara-Mara – “Ini Dah Sah La”

Ibu Fattah Amin perkenalkan Amira Othman kepada sanak saudara curi tumpuan

Trending Sat, 9 Oct 2021

Syamsul Yusof Lagukan OST Gerak Khas Undercover, Mantap Beb!

Drama aksi Gerak Khas yang digemari ramai kini kembali dengan wajah baharu dan menampilkan jalan cerita yang lebih terkini serta relevan! Gerak Khas Undercover mengisahkan cabaran anggota undercover mendekati dalang sindiket jenayah dalam menjalankan tugas […]

error: Content is protected !!