Hanya berbaki beberapa hari lagi sebelum umat Islam meraikan 1 Syawal yang pastinya dinantikan mereka yang tidak dapat beraya di kampung halaman sejak dua tahun lalu.
Selain keterujaan menyambut hari raya bersama sanak saudara, rakyat Malaysia pasti turut menantikan iklan raya menarik.
Berikut 23 iklan raya menarik bagi tahun 2022.
Saksikan keletah Syawal yang ingin berkongsi kebaikan dengan orang sekelilingnya. Keletah comel dan kebijaksanaan Syawal pasti membuatkan anda terhibur.
Filem pendek menyayat hati yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar ini diilhamkan daripada kisah benar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer.
Gamuda land menerusi Rezekey Raya ingin menekankan bahawa rezeki sentiasa ada dan datang tanpa diduga dan ada kala perkara yang kita rasakan biasa, mungkin tidak terhingga nilainya kepada orang lain.
Mengambil hati ibu bapa mentua terutama pada hari raya pertama bukanlah satu perkara mudah. Ikuti kisah Dila mengambil hati keluarga barunya.
Tahun ini SAFI kembali dengan ‘Raya Kau Hijau 2.0’ menampilkan Anggun adik kepada Ayu yang pulang beraya di kampung bersama-sama ibu dan buah hati kakaknya, Kai.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, iklan Hari Raya Petronas sememangnya ditunggu kerana jalan cerita menarik serta kualiti yang dibawakan dan menerusi 366: Hari Ke-123, ia berbaloi untuk disaksikan!
Tambahkan keterujaan anda untuk beraya dengan filem pendek menarik bertajuk ‘Raya Macam Cara!’ dari TNB yang menampilkan kepelbagaian serta keunikan dari serata negeri di Malaysia.
Watsons tahun ini tampil berbeza dengan mengetengahkan tema futuristik menerusi filem raya mereka. Anda pasti kagum melihat bagaimana Ayda Jebat dan Nabil Mahir pulang berhari raya di bulan.
Bagi anda yang mahukan konsep filem raya yang lebih berbeza, saksikan ‘Jangan Takut Nak Raya’ daripada Yoodo yang menampilkan hantu popular dalam kalangan masyarakat Melayu yang pastinya akan buat anda terhibur.
Meriahkan Syawal anda dengan dendangan lagu raya yang menampilkan pelakon popular tanah air Remy Ishak dan Farah Nabilah.
Goodday tampil dengan sebuah filem pendek yang menekankan kita boleh menyumbangkan bukan sahaja dari segi kewangan malah masa, tenaga juga kemahiran kerana walau tampak kecil namun besar maknanya bagi mereka yang memerlukan.
Saksikan Lisa Surihani menyanyi dan menari sambil berkongsi rahsia menguatkan imuniti badan menerusi video musik dari Redoxon.
Filem raya meruntun jiwa ini pasti membuatkan anda lebih menghargai ibu bapa dan keluarga kerana setiap yang hidup pasti ada penghujungnya.
Anda pasti terhibur dengan gelagat Kak Patin yang ingin berkongsi duit raya dengan anak-anak kecil.
Drama pendek bersiri bertajuk #MisiManisOverload yang dibawakan oleh CSR ini pasti buat anda terhibur dengan kisah si kembar tiga Nana, Mimi dan Yaya. Saksikan juga episod kedua dan ketiga di Youtube rasmi CSR TV.
Singkap kembali ikatan kasih antara Nenek dan Adi apabila mereka mengukuhkan kembali silaturahim menerusi senandung dahulu kala.
Video ini bakal memberi semangat untuk setiap kita melakukan kebaikan tidak kira kepada siapa dan di mana jua berada.
Saksikan kisah inspirasi bagaimana seorang lelaki bernama Acap yang selalu membantu ibunya berniaga sehingga menjadi usahawan yang berjaya.
Anda perlu tonton pengalaman mencabar Ahmad ketika membuat penghantaran ibunya sempena hari raya ini.
Nikmati lagu berkenaan Semangat Hari Raya dendangan Reza dan MuZza.
Bila menjelang raya mesti ada dalam kalangan kita fobia dengan pelbagai soalan yang bakal ditanya. Tidak perlu takut sempena Syawal ini asalkan orang yang tersayang ada bersama.
Ikuti pengembaraan Geng Budak Merah dan Ejen Ali untuk bangkitkan semangat raya.
Persahabatan Ashraf dan Pakcik Roslan yang terjalin tanpa disangka membawa Ashraf menelusuri perjalanan penuh keinsafan dan kesedaran tentang erti sebenar Aidilfitri.
Dua tahun Kak Long tidak pulang beraya. Pasti kecoh satu rumah dengan gelagat keluarga Kak Long membuat persiapan untuk sambut kepulangan Kak Long.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami!
‘Remuk hati saya saat ini tak seteruk apa yang Bella lalui’ - Aliff Aziz
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja