Categories: Trending

K-KOMM Umum Sedia Perluas Pemberian PerantiSiswa Kepada Pelajar Golongan B40

Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan pihaknya sedia memperluas pemberian bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar golongan B40 di institusi pendidikan selain daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut beliau, pelajar institusi di bawah kementerian lain turut membuat permohonan untuk bantuan tersebut melalui permohonan yang dibuka sejak 15 April lalu,.

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Institut Pendidikan Guru (PG) di bawah Kementerian Pendidikan merupakan antara institusi yang terlibat.

“Kita melihat untuk fasa pertama, kita akan berikan PerantiSiswa kepada pelajar B40 di bawah KPT iaitu institusi pengajian tinggi awam (PTA) dan swasta (PTS), politeknik serta kolej komuniti manakala untuk fasa kedua, kit pertimbangkan untuk beri kepada institusi lain pula.

“Kalau ada kapasiti yang cukup (peranti) dengan siling (belanjawan) yang diberikan kepada K-KOMM, kita bersedia untuk perluaskannya berdasarkan permintaan (permohonan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pengarhal Media di sini hari ini.

Selain itu, Annuar turut menjelaskan jumlah asal 600,000 pelajar yang diumumkan pada Belanjawan 2022 lalu adalah anggaran. Namun, jumlah pelajar yang dijangka menerima bantuan itu berbeza dengan angka yang diumumkan.

Menurut beliau, angka sebenar pelajar golongan B40 di KPT adalah lebih rendah selepas semakan dan perincian lanjut dilakukan, serta berpandangan peranti yang murah tidak sesuai untuk diberikan kepada pelajar.

“Pelajar memerlukan peranti berkapasiti tinggi. Justeru, kita cadang but perolehan peranti kualiti tinggi dengan angka pelajar yang kita anggarkan buat masa ini ialah 400,000 orang.….namun ini semua bergantung kepada permohonan sebenar.

“Kalau kita buat perolehan banyak tapi permohonannya sikit, akan berlaku pembaziran. Jumlah sebenar permohonan belum kita ketahui. Fasa pertama dibuka 15 April dan tutup 15 Mei,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Fatin Nurain