Menyaksikan Malaysia berjaya merekodkan angka 1 kes sepanjang tempoh tangani krisis Covid-19 dan sifar kes tempatan adalah suatu kejayaan buat Malaysia dan semua frontliners yang terlibat.
Dan, pada tanggal 1 Julai 2020, senyuman paling gembira dan bermakna itu dapat dilihat pada raut wajah ‘hero Malaysia’ itu kerana negara berjaya mencatatkan angka satu kes positif Covid-19.
Terima Kasih, rakyat Malaysia!

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Saya juga ingin mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang sama-sama membantu KKM. Hari ini kita ada satu kes iaitu hari yang bersejarah, satu kes dilaporkan dan kes sifar untuk penularan tempatan” Katanya.
Pastinya momen ini antara yang paling diingati terutamanya ketika Dr Noor Hisham Abdullah dan pasukannya mengangkat plakad tertera tulisan ‘nombor 1’ pada sidang media harian pada Rabu.
Jadi, ayuh! Sama-sama kita banteras dan putuskan rantaian Covid-19 dengan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. #KitaJagaKita