Selebriti By: Atiqah Johari May 6, 2024 @ 6:22pm

Syasya Bakal Sambung Belajar Di Luar Negara, Rozie Othman Syukur Doa Di Tanah Suci Jadi Nyata – “Walaupun Ada Rasa Kecewa Sebab…”

Nenek kepada Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman akui berasa kecewa dengan keputusan cucunya itu untuk keluar daripada kumpulan Dolla di saat namanya sedang melonjak naik.

Artikel Berkaitan:Ā Lerai Spekulasi, Syasya Dolla Sah Nikahā€¦ Perkahwinan Antara Faktor Utama Undur Diri Daripada Kumpulan

Artikel Berkaitan:Ā Individu ā€˜Bitterā€™ Syasya Rizal Buat Keputusan Untuk Kahwin & Tinggalkan Dolla ā€“ ā€œHope Itā€™s Worth It Choosing A Guy Over Fansā€

Memetik temu bual Melodi TV3, Rozie dan ahli keluarga lain terpaksa berlapang dada dengan keputusan Syasya tersebut dan berkahwin.

ā€œWalaupun mummy ada rasa kecewa sebab nama awak tengah naik dan awak buat keputusan untuk berkahwin. Mummy dan semua keluarga terpaksa berlapang dada. Apa-apa keputusan punā€¦ insyaAllah mana tahu satu hari nanti awak nak ā€˜comebackā€™,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Rozie berkongsi bahawa dia ada berdoa untuk Syasya menukar penampilannya kepada lebih sopan ketika di Tanah Suci.

Susulan itu, dia menyatakan doanya dikabulkan di mana Syasya kini telah bertudung.

ā€œMasa kejadian dia nak nikah tu, saya sebulan dekat Tanah Suci di bulan Ramadan. Saya doa kalau boleh Syasya nak cipta nama, saya minta dia tukar penampilanā€¦ taknak lah seksi, biarlah nampak kewanitaan.

ā€œMungkin Allah kabulkan. Sekarang dia dah berhijab. Dia pun terpaksa keluar daripada syarikat rakaman. Tapi, Syasya masuk dalam Dolla, nama dia meletup dan dia dah jadi artis antarabangsaā€¦ saya tak nafikan dia ada suara, dia ada talent untuk menyanyi.

ā€œTapi, tulah bila dia buat keputusan tarik diri memang kecewalah. Ramai juga kawan-kawan tanya kenapa kenapaā€¦ saya tak ada jawapan. Allah dah tentukan untuk dia tidak menyanyi,ā€ jelasnya.

Malah, Rozie juga memaklumkan bahawa Syasya akan berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk melanjutkan pengajian.

Bukan itu sahaja, Rozie juga mendedahkan bahawa cucunya itu terpaksa keluar daripada Dolla mengikut kontrak kerana telah berkahwin.

ā€œSaya mewakili Syasya sebab dia nak kahwin, suami dia nak sambung belajar. Memang dia tak nak keluar daripada Dolla tetapi sebab dah perjanjian sekiranya berkahwin kena tamat kontrak.

ā€œSebab tu suami dia pun nak pergi sambung belajar, mak dia pun kata dia pun boleh sambung belajar sekali.

ā€œKepada semua peminat tolonglah doakan yang terbaik untuk Syasya okay. InsyaAllah, mungkin lepas Raya Haji mereka akan bergerak ke luar negara untuk sambung belajar,ā€ ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:Ā Syasya Akhirnya Tampil Bersuara Mengenai Keputusan Keluar Dolla

Artikel Berkaitan:Ā Dolla Akhirnya Beri Respons Pengunduran Syasya, Pihak Pengurusan Maklum Tak Guna Pakai Kontrak Halang Artis Dibawah Naungan Berkahwin

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Trending Tue, 28 Dec 2021

Tragedi Pitam Atas Pentas Viral Di TikTokā€¦ Usahawan Muda Ini Didakwa Buat Gimik, Ada Netizen Tuduh Tak Sensitif Mangsa Banjir

Insiden yang melibatkan usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, 27, yang pengsan di atas pentas ketika berucap di sebuah acara menjadi buah mulut netizen. Perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @mummy_myra yang merakam tragedi terbabit […]

Trending Sat, 1 Dec 2018
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Uriah See Carries the Malaysian Pride by Being the Only Non-Chinese National in China’s “Super Vocal Season 2”

Uriah See reaps the fruits of his labour and rises across different shores.

Trending Thu, 3 Jun 2021

Ini 5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton Filem Radhe di tonton CINEMA!

Filem Bollywood terbaru berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kini bersiaran di tonton CINEMA bermula hari ini! Filem yang ditunggu-tunggu ramai ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi […]

Featured Wed, 4 Oct 2023