Categories: Trending

#CORONAVIRUS – Jururawat Ini Sanggup Botak Kepala Demi Memerangi Virus!

Demi melawan penyakit Coronavirus yang semakin berleluasa, Shan Xia, seorang jururawat di Hospital Renmin Wuhan sanggup membotakkan kepalanya!

Shan, 30 tahun yang menetap di Wuhan bersama dua orang anaknya itu berkata, dia mengambil keputusan untuk memotong rambutnya bagi mengelakkan jangkitan silang dan menjimatkan masa apabila memakai dan membuka pakaian perlindungan. 

Sementara itu, pada sidang media pada hari Isnin lalu telah melihatkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, menganjurkan kumpulan 959 pekerja perubatan dari tujuh wilayah dan bandar untuk pergi ke Wuhan, pusat epidemik koronavirus novel di Hubei, bagi mencegah dan menentang jangkitan sebelum merebak.

7 kumpulan pengemudi juga telah dihantar ke Beijing, Hebei, Shanghai, Henan, Hunan, Guangdong dan Sichuan untuk menyelia operasi sistem pentadbiran serta membendung penyebaran Novel Koronavirus.

“Kumpulan pengemudi akan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemantauan epidemik, rawatan perubatan, pencegahan dan kawalan epidemik oleh komuniti dan institusi perubatan akar umbi,” kata suruhanjaya itu.

Penularan wabak Novel Koronavirus mula dikesan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia  apabila penyakit tersebut telah sampai ke Malaysia.

Sumber: www.thestar.com.my

Syafiqa Irdina