Categories: Filem

Terima Respon Hebat, Taman Tema Neraka Yang Diinspirasikan Daripada Filem Ini Bakal Dibina Di Korea Selatan!

Selepas menerima rating paling tinggi sejak ditayangkan, nampaknya impian peminat filem Korea untuk menyaksikan pembinaan sebuah taman tema neraka yang diinspirasikan oleh filem “Along With The Gods: The Two Worlds” bakal tercapai!

Filem “Along With The Gods: The Two Worlds”, sebuah naskhah yang menjadi sebutan ramai itu telah pun mengeluarkan sekuel kedua mereka iaitu “Along With The Gods: The Last 49 days”. Nampaknya, filem ini berjaya membuktikan kehebatannya sehinggakan sudah ramai peminat setia yang menantikan siri yang ketiga!

Filem fantasi yang menampilkan Cha Tae Hyun, Ha Jung Woo, Joo Ji Hoon dan EXO D.O itu juga berjaya melepasi satu juta kutipan dalam masa 54 jam tayangan.

Bakal Dibuka April?

Percaya atau tidak, disebabkan populariti yang luar biasa, bandar Gimcheon telah mengusulkan cadangan untuk membina Taman Tema Pengalaman Neraka di Taman Hayarobi yang dikhabarkan bakal dibuka pada April nanti!

Pihak perbandaran Gimcheon juga dikatakan telah berbelanja sebanyak 19 Bilion Won bagi merealisasikan Taman Tema Neraka ini.

Sumber : Google

Cerita aksi fantasi ini berkisar tentang tiga malaikat maut yang berusaha untuk menolong seorang manusia yang telah mati menghadapi ujian di alam neraka. Si mati akan dibicarakan dalam 7 ujian untuk mengetahui apa yang telah dibuat oleh si mati semasa hidup. Namun begitu, plot penceritaan si mati semasa hidup telah berjaya membuatkan ramai penonton menangis.
Bagi memberikan pengalaman yang maksima kepada pengunjung, Taman Tema  ini akan dibahagikan dua bentuk seksaan mengikut budaya Barat dan Timur. Memang luar biasa, sebabnya taman tema ini dikatakan dibina sehingga 3 tingkat dan merangkumi dewan pengalaman, teater tayangan dan juga kemudahan lain. Memang dahsyat!

Pengalaman 3D

Dengarnya, pengunjung juga bakal merasai pengalaman 3D tentang semua makhluk mengenai dunia baik dan jahat termasuklah pengalaman berada dalam keranda bagi merasi sendiri kehidupan selepas mati. Tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya gelagat aksi pengunjung bermain Taman Tema Neraka itu nanti.

Sama-sama kita tunggu!

Sumber foto: www.insight.co.kr/us/news

Syafiqa Irdina