Categories: Trending

COVID 19: Raja Perlis Titah Tiada Solat Jumaat Di Negeri Itu Hari Ini, Arahan Dinilai Setiap Minggu

Penularan wabak COVID-19 atau Koronavirus di Malaysia telah diisytiharkan sebagai Pandemik semalam akibat dikatakan sangat teruk dan membimbangkan.

Susulan daripada wabak itu, menerusi laporan Harian Metro hari ini, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail telah berkenan untuk memutuskan solat Jumaat di seluruh Perlis hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk menjunjung tidah perintah dan perkenan Raja rentetan daripada perkembangan terbaru seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar, termasuklah aktiviti agama, hendaklah dielakkan.

“Oleh yang demikian, pengurusan masjid-masjid di seluruh negeri Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini,” tambahnya

Setiap Muslim juga dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

 

 

Akan Dinilai Setiap Minggu

Walau bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menjelaskan, arahan solat Jumaat itu akan dinilai dari minggu ke minggu.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bahawa solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19.

Namun beliau turut menaisihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.

Baca Juga: Covid 19: “Hanya Pendekkan Khutbah, Bukan Hentikan Solat Jumaat” – Dr. Zullkifli

Syafiqa Irdina