Categories: Trending

[TERKINI] Pelawat Tidak Dibenarkan Berada Di Hospital, Covid-19 Catat Kes Pertama Di Sabah

Mencatatkan kes pertama Covid-19, hari ini pihak Hospital Tawau tidak membenarkan sama sekali mana-mana pelawat pesakit yang berada di Hospital tersebut datang melawat bertujuan sebagai langkah pencegahan selain mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Kemungkinan, ini akan mengambil masa sedikit sehingga keadaan benar-benar terkawal untuk kita membenarkan pelawat melawat pesakit,” 

Sumber : Google

Menurut Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Dr Azman Ibrahim berkata, bermula semalam pihaknya hanya membenarkan penjaga (care taker) untuk melawat pesakit.

“Wad isolasi di tingkat tiga adalah kawasan paling terhad (ristricted) dan kita pun sedia maklum ada satu kes pesakit yang positif wabak ini yang kini ditempatkan di bilik isolasi di wad berkenaan”

Beliau juga menjelaskan, beberapa wad khas disediakan yang mampu menampung sehingga 60 pesakit, dalam satu-satu masa.

“Di wad ini juga, kita ada dua bilik khas (negative pressure) selain tambahan 20 katil yang akan digunakan untuk menempatkan pesakit yang masih dalam peringkat siasatan,” Katanya.

Sumber : Google

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan seorang lelaki tempatan berumur 58 tahun dari Tawau disahkan sebagai individu pertama positif Covid-19 di Sabah.

Lelaki itu antara 350 jemaah tabligh dari Tawau yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Selangor, antara 28 Februari dan 1 Mac lalu.

Untuk mengetahui berita lanjut mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama, TV3 pada setiap jam 8 malam.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin