Categories: Trending

Cubaan Bunuh Diri Timbulkan Kekecohan Di KLCC

Seorang lelaki yang cuba terjun dari tingkat atas pusat beli belah Suria KLCC akhirnya berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dan keselamatan.

Kejadian yang berlaku itu pada jam lima petang semalam melibatkan seorang lelaki berusia 40 an.

Lelaki berkenaan yang cuba turun dari penghadang koridor utama KLCC itu turut mengugut untuk terjun apabila didekati beberapa pengunjung di situ.

Dia juga hanya memegang penghadang dengan sebelah tangan apabila cuba dipujuk.

Cubaan memujuk akhirnya berhasil selepas dua jam di mana anggota keselamatan mendapat tepukan gemuruh daripada pengunjung di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan kejadian itu.

SGMS Faida