Selamat datang ke keluarga kami “Tulus”.

Berkongsi kegembiraan di platform IG story, Elyana baru sahaja mengambil seorang anak angkat lelaki. Diberikan nama Tulus, ia sungguh istimewa dalam keluarga Elyana

Baru 1 bulan lebih, Elyana menjaganya bagaikan anak sendiri. Tulus anak syurga kerana menghidap Down Syndrome. Hajat untuk menambah ‘ahli’ keluarga anak tercapai sudah

Elyana mendapat tahu yang dia hamil sewaktu mengidap kanser dan pernah dipaksa menggugurkan kandungannya. Bukan kehendaknya tetapi takut penyakit kanser yang dihidapi bakal memberi kesan kepada bayi yang bakal dilahirkan

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Cinta Summayah yang kini sudah berusia 7 tahun hasil perkahwinannya bersama Khairul Anuar Husin pada 19 November 2010.

SGMS Enal