Trending By: Salma Syahbuddin February 2, 2021 @ 4:05pm

Datuk Nicol Ann David Raih Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

Pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun ini dan juga bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David berjaya meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia selepas mendapat undian sebanyak 318,943.

Nicol berjaya mengetepikan James Kehoe iaitu lagenda tarik tali yang berasal dari negara Ireland dengan undian sebanyak 113,120.

Malah, atlet powetlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula di kedudukan ketiga selepas meraih 80,790 undian.

Bekas atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017).

 

Anugerah ini dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulangtahun ke-40 sukan dunia.

 

Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata, kejayaan Nicol itu berupaya menjadi pembakar semangat, terutama kepada generasi muda untuk melangkah lebih jauh dalam bidang diceburi.

“Saya ingin berkongsi rasa bangga bersama seluruh peminat sukan tanah air, khususnya skuasy, atas kejayaan Nicol yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia,”

“Kemenangan itu membuktikan sumbangan, keringat dan aksi beliau selama ini terus diperhatikan dunia walaupun bekas pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut itu telah menggantung raket,” katanya.

Apapun, tahniah diucapkan buat Datuk Nicol Ann David!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Thu, 26 Apr 2018

Kecederaan Di Kaki Punca Bagaimana Ummi Nazeera Tahu Dirinya Hamil

Perkhabaran gembira berhubung kandungannya yang memasuki empat bulan dikongsi pelakon Ummi Nazeera, 28, semalam, melalui akaun Instagram miliknya.

Trending Sun, 6 Jan 2019

Benarkah NASA Sembunyikan Ancaman NT7?

Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhkan dari bala bencana

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Tue, 9 Jan 2024

[VIDEO] Meerqeen Kantoi Ajak Keluar ‘Dating’? Ini Respons Ameera Khan… Lucu!

Pelakon sensasi, Meerqeen mencuri perhatian selepas videonya bersama pempengaruh yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan tular di TikTok. Menerusi perkongsian tersebut, Ameera sedang bersedia untuk sesi siaran langsung menjual produk kecantikan dibawah jenama keluarganya […]

Trending Thu, 12 Nov 2020

PKPB: Pasangan Jarak Jauh Dibenarkan Bersama

Buat pasangan suami isteri..

Trending Sun, 24 Jun 2018

Pemandu Grab Meninggal Dunia, Dipercayai Dijerut

Mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu ditemui dalam keadaan terlingkup di tempat duduk penumpang belakang, namun tiada kesan kecederaan yang ketara pada badan mangsa.