Categories: Trending

Demam Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official Sepanjang Tempoh PKP, LUAR BIASA!

Benarlah bagai dikata, dalam tempoh PKP ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan isteri memanfaatkan masa ini dengan aktiviti memasak ataupun mencuba resepi baru.

Malah ada juga yang berani mencuba skil memasak walaupun tidak pernah melakukannya sebelum ini.

Sama seperti percubaan yang dikongsikan oleh warga Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official dengan resepi kek milo viral beliau.

Sumber : Facebook

Namun, ternyata setiap perkongsian dilaman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official ternyata begitu mencuit hati apabila rata-rata netizen berkongsi gambar dan cerita disebalik masakan mereka.

Dan, tidak hairanlah sekiranya dalam tempoh beberapa hari sahaja, laman Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official telahpun mencecah 1 juta pengikut. Wow!

Menurut pemilik laman sosial ini, Norlaila Dollah Ahmed, 46, berasal dari Grik, Perak dan menetap di Nilai, Negeri Sembilan berkongsi bagaimana beliau memulakan laman sosial yang kini mempunyai lebih 1 juta pengikut setakat ini.

“Pada 14 April itu, sehari sebelum tu saya buat serunding post di Facebook. Masa tengah masak serunding tu saya solat, selepas tu saya tertidur, bangun saja saya tengok serunding saya hangus.

“Sejak itu saya rasa macam nak buat group masak apa tak jadi. Kawan saya tolong buatkan dan tak sangka jadi viral macam ini,” katanya.

Perkongsian ini jelas menunjukkan bahawa ia memberi gelak, ketawa kepada rakyat Malaysia ketika berdepan dengan keadaan yang agak mencabar sekarang ini.

Salma Syahbuddin