Trending By: Attiqah Mohd April 17, 2019 @ 5:02pm

Di Mana Nur Hidayah? Kanak-Kanak Umur 8 Tahun Dilaporkan Hilang Tanpa Jejak

Seorang kanak-kanak perempuan dikenali dengan nama Nur Hidayah dilaporkan hilang di kawasan perumahannya di Seremban. 

Menurut kenyataan daripada pihak polis, Nur Hidayah Zahid Hussin dipercayai hilang di kawasan rumahnya, No 262, Tingkat 1 Jalan Jujur Kanan 6 Taman Jujur Sikamat, Seremban.  Laporan polis telah dibuat pada hari Isnin, selepas menyedari kehilangan kanak-kanak tersebut.

Nur Hidayah digambarkan mempunyai ketinggian 130sm dan mempunyai bentuk badan sederhana gempal. Warna kulit Nur Hidayah pula berwarna kuning langsat dan dipercayai terdapat kesan parut dimukanya kerana terkena getah mangga.

Kanak-kanak itu juga dikatakan selalu memakai jubah sebagai pakaian harian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Hidayah diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Mon, 16 Apr 2018

Produk Kosmetik Daiso Ditarik Balik Kerana Mengandungi Bahan Penyebab Kanser. Jangan Guna Lagi!

Jika anda merupakan pengguna tegar produk Daiso kerana harganya murah, sekarang kena berhati-hati kerana terdapat produk yang dikesan mengandungi bahan penyebab kanser.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Adam Rayqal Mungkin Didera Sebelum Meninggal Dunia

Terdapat kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan Adam Rayqal Mohd Sufi.

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

Masih Belum Sedarkan Diri, Shuib Kongsi Perkembangan Terkini Siti Sarah – “Malam Tadi Oksigen Turun, Sebentar Tadi Ada Peningkatan”

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan semenjak semalam kerana tahap oksigen menurun. Suami Sarah, pelawak Shuib Sepahtu menerusi kemas kini terbaru di ruangan Instagram Story berkongsi mengenai perkembangan isterinya […]

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Kalau Arwah Siti Sarah Ada, Dia Lagi Sweet…” – Netizen Sebak Tengok Shuib ‘Suap Diri Sendiri’

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu, memuat naik satu video yang memaparkan rakannya, Ajak Shiro sedang bermesra dengan isteri, Nur Afifah Amin. Menerusi perkongsian tersebut, Ajak menyuap makan kepada Afifah yang berada di sebelah, manakala Shuib […]