Categories: Trending

Didakwa Bawa Lari Anak-Anak, Ini Respons Badrul Muhayat – “Saya Kena Fitnah!”

Aktor popular 90-an, Badrul Muhayat memberikan respons mengenai dakwaan bekas isterinya yang mengatakan dia melarikan dua anak mereka.

Enggan ditemu bual panjang, Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 53, memberikan jawapan ringkas.

“Saya kena fitnah,” jawabnya kepada Harian Metro ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp serta sempat memohon maaf kerana dirinya sedang sibuk.

Terdahulu, bekas isterinya yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memuat naik sebuah hantaran Facebook yang mendakwa Badrul telah melarikan anak-anaknya.

Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di pintu rumahnya menandakan ada kejadian pecah rumah berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin yang mengakui pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kita akan panggil dalam masa terdekat termasuk individu yang didakwa memecah masuk rumah berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Padin